Selamat datang ke
KOPERASI QARIAH MASJID JAMEK TASEK GELUGOR BERHAD
BERSAMA MENUJU KECERMELANGAN
MAJU BERSAMA UMMAH
BERJEMAAH MENYEMARAK EKONOMI QARIAH
Selaras dengan matlamat transformasi digital negara kita , Koperasi Qariah Masjid Jamek Tasek Gelugor Berhad menyasarkan untuk membantu anggota memasarkan produk mereka melalui Projek Payung Koperasi terus kepada pengguna secara lebih meluas dengan adanya platform e-dagang. Sasaran dan hasrat koperasi ini adalah untuk mengembangkan capaian penjualan product anggota melalui program perniagaan koperasi dengan memastikan pasaran yang lebih luas sehingga ianya dapat meliputi ke seluruh negara menjelang penghujung 2024.
Salah satu perkara yang menarik dan unik tentang program Payung Koperasi , adalah memberi peluang dan ruang keusahawanan kepada anggota terlibat . Dengan ini , diharapkan usaha yang dilaksanakan koperasi ini mampu meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital, yang seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf hidup anggota dalam suasana ekonomi yang amat mencabar ini.
Diharapkan , dengan usaha yang dilaksanakan koperasi ini , taraf hidup anggota setempat dapat ditingkatkan dari masa kesemasa dan pada masa yang sama, ianya dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling dengan menggalakkan orang ramai, terutama sekali golongan asnaf dalam menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian tanpa perbelanjaan modal.
“Teknologi dunia semakin berkembang pesat dan seiring dengan inisiatif digitalisasi. Ia dapat memberi potensi besar kepada koperasi untuk meningkatkan daya saing dalam dunia moden dengan mewujudkan platform dinamik memperkembangkan perniagaan yang boleh beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun (24X7X365). Penggunaan aplikasi dalam talian menggunakan pemasaran digital membantu koperasi kelihatan lebih maju serta profesional dalam hal organisasi dan boleh meningkatkan kecekapan operasi bagi memberi manfaat kepada koperasi dan pengguna.